Keputusan HSM bagi berkecimpung dalam bidang pertanian antara lain bersandarkan kepada unjuran terkini 2019/2020 telah menyumbang lebih daripada 3.2% kepada KDNK. Sepanjang 2020, sektor ini dijangka menyumbang sebanyak RM41.1 bilion kepada KDNK.
Industri
agromakanan dijangka memainkan peranan yang lebih penting untuk memenuhi
keperluan makanan dari industri pembuatan yang semakin meningkat terutama dalam
persekitaran yang kian mencabar. Cabaran utama yang dihadapi oleh industri ini
termasuk peningkatan kos pengeluaran berikutan harga input pertanian yang
semakin meningkat, keperluan mematuhi piawaian antarabangsa, penghasilan produk
secara mampan, persaingan terutama daripada negara pengeluar berkos rendah,
peningkatan defisit dagangan makanan, kekurangan tenaga kerja yang mahir dan
mencukupi, penggunaan teknologi yang kurang meluas serta pelaburan yang rendah.
Namun,
industri agromakanan juga mempunyai potensi dan menjanjikan peluang yang luas
sekiranya diteroka secara terancang dan bersepadu. Pertambahan penduduk dunia,
akses kepada pasaran global dan naik taraf status ekonomi beberapa negara
membuka pasaran yang lebih luas kepada hasil dan produk agromakanan negara.
Selain itu, kesedaran pengguna terhadap aspek penjagaan kesihatan mendorong
peningkatan permintaan terhadap produk makanan kesihatan dan makanan organik.
Permintaan yang semakin meningkat terhadap produk yang dihasilkan secara mesra
alam dan mampan wajar dimanfaatkan bagi menghasilkan produk premium dan
mendapat akses pasaran yang lebih luas. Bagi menangani cabaran dan menggembleng
sumber sedia ada secara optimum, pendekatan pembangunan industri agromakanan
yang menyeluruh adalah penting.

No comments:
Post a Comment