Monday, December 21, 2020

HARTANAH SETIA MAKMUR - TENTANG KAMI

 

Hartanah Setia Makmur adalah sebuah syarikat pembangunan pelaburan Malaysia.  Mengambil peluang sokongan Kerajaan dan pasaran tempatan yang memberangsangkan, HSM telah berkembang dengan pesat bermula dari sektor hartanah dan kini mengorak langkah dengan agresif dalam bidang agronomi dan industri makanan. Keadaan semasa yang sangat mendesak dan mencabar telah memberi impak ke pada seluruh persekitaran perniagaan di mana hala tuju perniagaan berunsurkan asas-asas lazim sudah tidak boleh dijadikan sandaran untuk berjaya di dalam industri. Daya saing dan kebolehtahanan sesebuah syarikat bergantung kepada betapa lenturnya syarikat untuk berubah dan mengikut arus semasa. Atas dasar tersebut maka Hartanah Setia Makmur setelah penelitian oleh penasihat serta ahli-ahli lembaga pengarah maka transisi ke bidang pertanian di laksanakan. Perlaksanaan ini sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara.