Tuesday, December 22, 2020
OBJEKTIF SYARIKAT HARTANAH SETIA MAKMUR (HSM)
Kaedah Haber-Bosch
untuk mensintesis ammonium nitrat merupakan suatu pencapaian yang cemerlang dan
membenarkan hasil tanaman untuk mengatasi kekangan yang dahulu. Pertanian pada
abad yang lalu telah dicirikan oleh daya pengeluaran tertingkat, penggantian
buruh dengan baja tiruan dan racun perosak, pencemaran air, serta subsidi
ladang. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat tindak balas yang hebat
terhadap kesan persekitaran luaran bagi pertanian konvensional yang telah
melahirkan gerakan organik dan guna pakai kaedah terbaru Sains Agro terutamanya
dalam kaedah jentera berteknologi tinggi serta penggunaan sistem maklumat dan
komputer di dalam pengurusan ladang serta pengeluaran produk pertanian.
Sehubungan dengan itu, HSM telah merencanakan empat objektif utama syarikat
antara lain;
- Menbawa kaedah
terbaru dalam Sains Agro.
- Menggunakan
teknologi di dalam memberi nafas baru kepada bidang agronomi.
- Menarik minat
seramai mana golongan muda kembali menceburi kegiatan pertanian berskala besar.
- Berusaha untuk
melakukan anjakan paradigma dengan guna pakai pendekatan moden.
KEADAAN SEMASA BELIA MALAYSIA
Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia dan Institut
Penyelidikan Pembangunan Belia (IYRES) mengunjurkan pada 2020, belia di negara
ini yang berusia 15 tahun hingga 30 tahun akan berjumlah lebih sembilan juta
orang. Dalam keadaan ketidaktentuan pasaran pekerjaan di negara ini akibat
COVID-19 tentunya sukar untuk golongan belia termasuk lepasan universiti dan
institusi pengajian tinggi mendapat pekerjaan dan makan gaji sesuai dengan
kelulusan masing-masing pada tahun ini. Dan menuju masa depan. Hal ini kerana,
maklumat Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan kadar pengangguran di Malaysia
pada tahun ini dijangka mencecah sehingga 5.5 peratus atau 860,000 akibat
pemberhentian pekerja. Jumlah penganggur pada Mac 2020 lepas meningkat 17.1
peratus kepada 610,000 orang.
POTENSI BIDANG PERTANIAN & AGRO MAKANAN
Keputusan HSM bagi berkecimpung dalam bidang pertanian antara lain bersandarkan kepada unjuran terkini 2019/2020 telah menyumbang lebih daripada 3.2% kepada KDNK. Sepanjang 2020, sektor ini dijangka menyumbang sebanyak RM41.1 bilion kepada KDNK.
Industri
agromakanan dijangka memainkan peranan yang lebih penting untuk memenuhi
keperluan makanan dari industri pembuatan yang semakin meningkat terutama dalam
persekitaran yang kian mencabar. Cabaran utama yang dihadapi oleh industri ini
termasuk peningkatan kos pengeluaran berikutan harga input pertanian yang
semakin meningkat, keperluan mematuhi piawaian antarabangsa, penghasilan produk
secara mampan, persaingan terutama daripada negara pengeluar berkos rendah,
peningkatan defisit dagangan makanan, kekurangan tenaga kerja yang mahir dan
mencukupi, penggunaan teknologi yang kurang meluas serta pelaburan yang rendah.
Namun,
industri agromakanan juga mempunyai potensi dan menjanjikan peluang yang luas
sekiranya diteroka secara terancang dan bersepadu. Pertambahan penduduk dunia,
akses kepada pasaran global dan naik taraf status ekonomi beberapa negara
membuka pasaran yang lebih luas kepada hasil dan produk agromakanan negara.
Selain itu, kesedaran pengguna terhadap aspek penjagaan kesihatan mendorong
peningkatan permintaan terhadap produk makanan kesihatan dan makanan organik.
Permintaan yang semakin meningkat terhadap produk yang dihasilkan secara mesra
alam dan mampan wajar dimanfaatkan bagi menghasilkan produk premium dan
mendapat akses pasaran yang lebih luas. Bagi menangani cabaran dan menggembleng
sumber sedia ada secara optimum, pendekatan pembangunan industri agromakanan
yang menyeluruh adalah penting.
DASAR AGRO NEGARA - 2021 - 2030
Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011–2020 di ikuti (DAN) 2021-2030 memberi tumpuan menyeluruh dalam meningkatkan kecekapan industri agro-makanan di sepanjang rantaian nilai supaya industri ini menjadi produktif berdaya saing dengan memberi penekanan terhadap aspek pengetahuan. Sehubungan itu, pendekatan baru yang merangkumi lapan (8) idea utama telah dikenalpasti untuk menyokong proses transformasi industri agromakanan iaitu:
i.
Jaminan bekalan makanan – ketersediaan, keselamatan dan mampu beli
ii.
Pembangunan pertanian bernilai tinggi
iii.
Perancangan dan pembangunan pertanian mampan
iv.
Kluster pertanian dinamik, memaksimumkan penjanaan pendapatan di kalangan usahawan tani
v.
Pelaburan swasta pemangkin transformasi pertanian moden
vi.
Modal insan pertanian bestari dan berinformasi
vii.
Pemodenan pertanian berpacukan penyelidikan (R&D) dan inovasi ; dan
viii.
Keunggulan khidmat sokongan pertanian
Meneliti
dokumen Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Agro Makanan: Prioriti dan Strategi
2019-2020, ia jelas menunjukkan pertumbuhan sektor agromakanan pada 2017
menyumbang nilai yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu RM37.2 bilion serta jumlah
perdagangan sebanyak RM83.0 bilion.
Monday, December 21, 2020
HARTANAH SETIA MAKMUR - TENTANG KAMI
Hartanah
Setia Makmur adalah sebuah syarikat pembangunan pelaburan Malaysia. Mengambil peluang sokongan Kerajaan dan
pasaran tempatan yang memberangsangkan, HSM telah berkembang dengan pesat
bermula dari sektor hartanah dan kini mengorak langkah dengan agresif dalam
bidang agronomi dan industri makanan. Keadaan semasa yang sangat mendesak dan
mencabar telah memberi impak ke pada seluruh persekitaran perniagaan di mana
hala tuju perniagaan berunsurkan asas-asas lazim sudah tidak boleh dijadikan
sandaran untuk berjaya di dalam industri. Daya saing dan kebolehtahanan
sesebuah syarikat bergantung kepada betapa lenturnya syarikat untuk berubah dan
mengikut arus semasa. Atas dasar tersebut maka Hartanah Setia Makmur setelah
penelitian oleh penasihat serta ahli-ahli lembaga pengarah maka transisi ke
bidang pertanian di laksanakan. Perlaksanaan ini sejajar dengan Dasar
Agromakanan Negara.




